STRATEGI DAKWAH DI MADINAH
Beberapa strategi dirangka khusus setibanya Rasulullah s.a.w di Madinah.
Semua strategi berpandukan kepada arahan dan tindakan Rasulullah s.a.w serta
pengiktirafan baginda terhadap ide-ide daripada para sahabat baginda.
A. PEMBINAAN MASJID
Masjid merupakan institusi dakwah pertama yang dibina oleh Rasulullah s.a.w
setibanya baginda di Madinah. Ia menjadi nadi pergerakan Islam yang
menghubungkan manusia dengan Penciptanya serta manusia sesama manusia. Masjid
menjadi lambang akidah umat Islam atas keyakinan tauhid mereka kepada Allah
s.w.t.
Pembinaan masjid dimulakan dengan membersihkan persekitaran kawasan yang
dikenali sebagai ‘mirbad’ dan meratakannya sebelum menggali lubang untuk
diletakkan batu-batu sebagai asas binaan. Malah, Rasulullah s.a.w sendiri yang
meletakkan batu-batu tersebut. Batu-batu itu kemudiannya disimen dengan tanah
liat sehingga menjadi binaan konkrit.
Masjid pertama ini dibina dalam keadaan kekurangan tetapi penuh dengan jiwa
ketaqwaan kaum muslimin di kalangan muhajirin dan ansar. Di dalamnya, dibina
sebuah mimbar untuk Rasulullah s.a.w menyampaikan khutbah dan wahyu daripada
Allah. Terdapat ruang muamalah yang dipanggil ‘sirda’untuk pergerakan kaum
muslimin melakukan aktiviti kemasyarakatan.[2] Pembinaan masjid ini mengukuhkan
lagi dakwah baginda bagi menyebarkan risalah wahyu kepada kaum muslimin serta
menjadi pusat perbincangan di kalangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat
tentang masalah ummah.
B. MENGUKUHKAN PERSAUDARAAN
Rasulullah SAW mengeratkan hubungan di antara Muhajirin dan Ansar sebagai
platform mempersatukan persaudaraan di dalam Islam. Jalinan ini diasaskan
kepada kesatuan cinta kepada Allah serta pegangan akidah tauhid yang sama.
Persaudaraan ini membuktikan kekuatan kaum muslimin melalui pengorbanan yang
besar sesama mereka tanpa mengira pangkat, bangsa dan harta. Selain itu, ia
turut memadamkan api persengketaan di kalangan suku kaum Aus dan Khajraz.[3]
C. PEMBENTUKAN PIAGAM MADINAH
Madinah sebagai sebuah Negara yang menghimpunkan masyarakat Islam dan
Yahudi daripada pelbagai bangsa memerlukan kepada satu perlembagaan khusus yang
menjaga kepentingan semua pihak. Justeru, Rasulullah s.a.w telah menyediakan
sebuah piagam yang dikenali sebagai Piagam Madinah bagi membentuk sebuah
masyarakat di bawah naungan Islam.
Piagam ini mengandungi 32 fasal yang menyentuh segenap aspek kehidupan
termasuk akidah, akhlak, kebajikan, undang-undang, kemasyarakatan, ekonomi dan
lain-lain. Di dalamnya juga terkandung aspek khusus yang mesti dipatuhi oleh
kaum Muslimin seperti tidak mensyirikkan Allah, tolong-menolong sesama mukmin,
bertaqwa dan lain-lain. Selain itu, bagi kaum bukan Islam, mereka mestilah
berkelakuan baik bagi melayakkan mereka dilindungi oleh kerajaan Islam Madinah
serta membayar cukai.
Piagam ini mestilah dipatuhi oleh semua penduduk Madinah sama ada Islam
atau bukan Islam. Strategi ini telah menjadikan Madinah sebagai model Negara
Islam yang adil, membangun serta digeruni oleh musuh-musuh Islam.
D. STRATEGI KETENTERAAN
Peperangan merupakan strategi dakwah Rasulullah di Madinah untuk melebarkan
perjuangan Islam ke seluruh pelusuk dunia. Strategi ketenteraan Rasulullah
s.a.w digeruni oleh pihak lawan khususnya puak musyrikin di Mekah dan
Negara-negara lain. Antara tindakan strategik baginda menghadapi peperangan
ialah persiapan sebelum berlakunya peperangan seperti pengitipan dan maklumat
musuh. Ini berlaku dalam peperangan Badar, Rasulullah s.a.w telah mengutuskan
pasukan berani mati seperti Ali bin Abi Talib, Saad Ibnu Waqqash dan Zubair Ibn
Awwam bagi mendapatkan maklumat sulit musuh.[4] Maklumat penting musuh
memudahkan pasukan tentera Islam bersiap-sedia menghadapi mereka di medan
perang.
RasUlullah s.a.w turut membacakan ayat-ayat al-Quran bagi menggerunkan
hati-hati musuh serta menguatkan jiwa kaum Muslimin. Antara firman Allah Taala
bermaksud:
“Dan ingatlah ketika Allah menjajikan kepadamu bahawa salah satu dari dua
golongan yang kamu hadapi adalah untukmu, sedang kamu menginginkan bahawa yang
tidak mempunyai kekuatan senjatalah yang untukmy, dan Allah menghendaki untuk
membenarkan yang benar dengan ayat-ayatNya dan memusnahkan orang-orang kafir.”
(Surah al-Anfal: 7)
Rasulullah s.a.w turut mengambil pandangan daripada para sahabat baginda
dalam merangka strategi peperangan. Sebagai contoh, dalam peperangan Badar,
baginda bersetuju dengan cadangan Hubab mengenai tempat pertempuran. Hubab
mencadangkan agar baginda menduduki tempat di tepi air yang paling dekat dengan
musuh agar air boleh diperolehi dengan mudah untuk tentera Islam dan haiwan
tunggangan mereka. Dalam perang Khandak, Rasulullah s.a.w bersetuju dengan
pandangan Salman al-Farisi yang berketurunan Parsi berkenaan pembinaan benteng.
Strategi ini membantu pasukan tentera Islam berjaya dalam semua peperangan
dengan pihak musuh.
E. PEMBERIAN COP MOHOR
Rasulullah s.a.w mengutuskan surat dan watikah kepada kerajaan – kerajaan
luar seperti kerajaan Rom dan Parsi bagi mengembangkan risalah dakwah. Semua
surat dan watikah diletakkan cop yang tertulis kalimah la ila ha illahlah wa
ana Rasullah[5] Tujuannya adalah untuk menjelaskan kedudukan Rasulullah s.a.w
sebagai utusan Allah dan Nabi di akhir zaman. Dalam watikahnya, baginda turut
menyeru agar mereka menyembah Allah dan bersama-sama berjuang untuk Islam
sebagai agama yang diiktiraf oleh Allah. Kebanyakan watikah baginda diterima
baik oleh kerajaan-kerajaan luar.
Contoh surat Nabi kepada Raja Parsi :
Nabi mengutuskan Abdullah bin Huzaifah bin Saham yang membawa surat kepada
Kaisar Humuz, Raja Parsi yang bunyinya sebagai berikut :
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dari Nabi
Muhammad Rasulullah kepada Kaisar penguasa Parsi. Semoga sejahtera kepada
sesiapa sahaja yang mengikut pimpinan Allah dan beriman kepadaNya dan rasulNya
dan bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah yang Esa tidak ada sekutu bagiNya dan
sesungguhnya Nabi Muhammad adalah hamba dan rasulNya.
“Saya mengajak anda dengan ajakan Allah kepada umat manusia dan untuk
memperingatkan manusia yang masih hidup, bahawa siksaan akan ditimpakan atas
orang-orang kafir. Masuklah Islam dan hendaklah menerimanya. Jika anda
menolaknya, maka berdosalah bagi penyembah api.”[6]
F. HUBUNGAN LUAR
Hubungan luar merupakan orientasi penting bagi melabarkan sayap dakwah. Ini
terbukti melalui tindakan Rasulullah s.a.w menghantar para dutanya ke
negara-negara luar bagi menjalinkan hubungan baik berteraskan dakwah tauhid
kepada Allah. Negara-negara itu termasuklah Mesir, Iraq, Parsi dan Cina.
Sejarah turut merakamkan bahawa Saad Ibn Waqqas pernah berdakwah ke negeri Cina
sekitar tahun 600 hijrah. Sejak itu, Islam bertebaran di negeri Cina sehingga
kini. Antara para sahabat yang menjadi duta Rasulullah ialah Dukyah Kalibi
kepada kaisar Rom, Abdullah bin Huzaifah kepada kaisar Hurmuz, Raja Parsi,
Jaafar bin Abu Talib kepada Raja Habsyah.[7]
Strategi hubungan luar ini diteruskan pada pemerintahan khalifah Islam
selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Sebagai contoh, pasukan Salehuddin al-Ayubi
di bawah pemerintahan Bani Uthmaniah telah berjaya menawan kota suci umat Islam
di Baitul Maqdis. Penjajahan dan penerokaan ke Negara-negara luar merupakan
strategi dakwah paling berkesan di seluruh dunia.
KESIMPULAN
Strategi dakwah Rasulullah s.a.w di Madinah lebih agresif dan besar.
Madinah, sebagai Negara Islam pertama menjadi nadi pergerak dakwah Islam ke
seluruh dunia. Tapak yang disediakan oleh Rasulullah s.a.w begitu kukuh
sehingga menjadi tauladan kepada pemerintahan Islam sehingga kini. Strategi
yang bersumberkan kepada dua perundangan utama iaitu al-Quran dan Hadis menjadi
intipati kekuatan perancangan Islam dalam menegakkan kalimah Tauhid.
Sukses hijrah Nabi Muhammad SAW ditandai, antara lain, keberhasilannya
mencerdaskan masyarakat Muslim yang bodoh menjadi umat yang cerdas, menyejahterakan
sosial ekonomi umat dan masyarakat dengan asas keadilan dan pemerataan, serta
penegakan nilai etik-moral dan norma hukum yang tegas. Pendeknya, Nabi Muhammad
SAW berhasil membangun kesalehan ritual yang paralel dengan kesejahteraan
material, ketaatan individual yang seiring dengan kepatuhan sosial, dan
terwujudnya kesejahteraan duniawiah-temporal yang seimbang dengan keberkahan
ukhrawiah yang kekal.
Sebuah fakta sejarah kemudian membuktikan bahwa proses penyebaran Islam
dengan dakwah jauh lebih cepat dan berkembang pada periode Madinah ini
dibandingkan periode Mekkah. Selain itu juga di Madinah, Rasulullah dan Umat
Islam berhasil membangun tata peradaban baru, tata pemerintahan, tata ekonomi
dan sosial yang demikian pesat perkembangannya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar